SYARAT-SYARAT PENYERTAAN FILEM CEREKA
Filem-filem yang layak menyertai pertandingan FFM35 seperti berikut:
- Filem ini merupakan filem cereka tempatan yang dikeluarkan di Malaysia dan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dari tarikh 01 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026 untuk tayangan di pawagam seluruh Malaysia dalam format DCP dan durasi tayangan filem sekurang-kurangnya 40 minit.
- Filem ini belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan tarikh tayangan di pawagam tempatan seluruh Malaysia bermula dari tarikh 01 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026.
- Tarikh tutup penyertaan FFM35 pada 11 Ogos 2026 jam 12.00 tengahari.
- Pengeluar filem hendaklah mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dari FINAS yang sah tempoh sehingga 31 Disember 2026.
- Pengeluar filem boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, dengan menggunakan borang penyertaan yang disediakan (satu borang untuk satu judul filem).
- Pengeluar filem wajib menghantar satu (1) salinan filem dalam format DCP dan satu (1) salinan dalam format MP4 yang diletakkan watermark FFM35 berukuran 1”x2” atau 2”x3” bersama trailer dalam format MP4 yang diletakkan di sudut kanan atas dan diisi dalam pendrive (wajib).
- Pihak penganjur berhak menyimpan sesalinan filem trailer dan lain-lain yang berkaitan untuk simpanan arkib.
- Filem-Filem yang bukan berbahasa melayu wajib mempunyai sari kata dalam Bahasa Melayu.
- Semua calon-calon mestilah warganegara Malaysia atau yang bertaraf pemastautin penduduk tetap.
- Pihak penganjur berhak membuat keputusan mengikut budi bicaranya jika berlaku sebarang keraguan atau kekeliruan mengenai syarat pertandingan yang dinyatakan dan keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD. Pihak pemohon tidak berhak untuk membuat sebarang bentuk dakwaan kepada pihak penganjur berhubung dengan keputusan.
- Pihak penganjur berhak menukar, menetapkan dan membatalkan kategori dan filem yang dipertandingkan sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
- Semua pengeluar filem / pemilik Hak Cipta yang menyertai FFM35 hendaklah membenarkan filem mereka ditayangkan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai bagi tujuan penjurian dan tayangan umum secara percuma sepanjang FFM35 berlangsung.
- Semua salinan filem dan trailer dalam bentuk DCP, Pendrive dan lain-lain yang berkaitan mestilah dituntut semula dalam tempoh dua (2) minggu selepas FFM35 selesai. Pihak urus setia tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan / kehilangan bahan-bahan tersebut sepanjang tempoh FFM34 dijalankan sehinggalah selesai. Sekiranya bahan-bahan tersebut tidak dituntut dalam tempoh tersebut, pihak FINAS akan melupuskannya.
Borang dan bahan yang lengkap hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 11 Ogos 2026 jam 12:00 tengahari ke alamat berikut:
URUS SETIA JAWATANKUASA PENYERTAAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-35PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Menara FINAS
No.2 Jalan PJU 10/1E
Damansara Damai
47830 Petaling Jaya, Selangor
*Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi
No. Telefon : 03-4101 1300/1367/1394/1357/1318/1454/1323/1446
Masa Operasi : Isnin - Jumaat (kecuali Hari Kelepasan Am)
: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.