Skip to main content

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DOKUMENTARI

Filem-Filem Dokumentari yang layak menyertai pertandingan FFM35 seperti berikut:

  1. Durasi dokumentari sekurang-kurangnya 40 minit.
  2. Dokumentari ini belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan tarikh tayangan di mana-mana platform bermula dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026
  3. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 11 Ogos 2026, jam 12:00 tengahari.
  4. Pengeluar Filem hendaklah mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dari FINAS yang sah tempoh sehingga 31 Disember 2026.
  5. Pengeluar Filem boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, dengan menggunakan Borang Penyertaan yang disediakan (satu borang untuk satu judul dokumentari).
  6. Pengeluar filem hendaklah menghantar salinan filem dan trailer dalam bentuk MP4 HD yang diletakkan Watermark FFM35 berukuran 1”X2” atau 2”X3” pada sudut kanan atas di dalam Pendrive (Wajib).
  7. Audio filem hendaklah dalam format Stereo
  8. Pihak penganjur berhak menyimpan sesalinan filem trailer untuk simpanan arkib FINAS.
  9. Filem-filem yang bukan berbahasa Melayu wajib mempunyai sari kata dalam Bahasa Melayu.
  10. Semua calon-calon mestilah warganegara Malaysia atau yang bertaraf pemastautin penduduk tetap.
  11. Pihak penganjur berhak membuat keputusan mengikut budi bicaranya jika berlaku sebarang keraguan atau kekeliruan mengenai syarat pertandingan yang dinyatakan dan keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD. Pihak pemohon tidak berhak untuk membuat sebarang bentuk dakwaan kepada pihak penganjur berhubung dengan keputusan.
  12. Pihak penganjur berhak menukar, menetapkan dan membatalkan kategori dan filem yang dipertandingkan sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  13. Semua pengeluar filem / Pemilik Hak Cipta yang menyertai FFM35 hendaklah membenarkan filem mereka ditayangkan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai bagi tujuan penjurian dan tayangan umum secara percuma sepanjang FFM35 berlangsung.
  14. Semua salinan filem trailer, pendrive dan lain-lain yang berkaitan mestilah dituntut semula dalam tempoh dua (2) minggu selepas FFM35 selesai. Pihak urus setia tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan / kehilangan bahan-bahan tersebut sepanjang tempoh FFM35 dijalankan sehinggalah selesai. Sekiranya bahan-bahan tersebut tidak dituntut dalam tempoh tersebut, pihak FINAS akan melupuskannya.

Borang dan bahan yang lengkap hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 11 Ogos 2026 jam 12:00 tengahari ke alamat berikut:

URUSETIA JAWATANKUASA PENYERTAAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-35
PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)

Menara FINAS
No.2 Jalan PJU 10/1E
Damansara Damai
47830 Petaling Jaya, Selangor

*Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi 
No. Telefon     :  03-4101 1300/1367/1394/1357/1318/1454/1323/1446
Masa Operasi : Isnin - Jumaat (kecuali Hari Kelepasan Am)
                        : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
E-mel              : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.