Latar Belakang
Festival Filem Malaysia ataupun FFM adalah festival filem anjuran kerajaan di peringkat nasional sebagai pengiktirafan terulung industri perfileman negara. Ia mula dianjurkan pada tahun 1980 untuk edisi pertama sehingga tahun 2026 untuk edisi ke 35.
Objektif penganjuran adalah bagi : -
- Mengiktiraf kecemerlangan filem dan karyawan industri.
- Meningkatkan sokongan dan penontonan filem tempatan.
- meningkatkan jaringan kerjasama strategik pemegang taruh domestik dan antarabangsa.
Tema FFM35 : 'SPEKTRUM SINEMA'
Spektrum Sinema melambangkan kepelbagaian warna, perspektif, idea dan kreativiti dalam dunia perfileman Malaysia. Tema ini mencerminkan keluasan ekspresi seni yang merangkumi pelbagai genre, budaya, teknologi dan bakat, sekali gus memperkukuhkan industri filem sebagai medium yang menyatukan masyarakat serta memartabatkan karya tempatan di persada nasional dan antarabangsa.
Makna Trofi
- Bentuk film strip yang diletakkan paling atas adalah simbolik kepada bentuk rekaan logo rasmi FFM35.
- Badan trofi yang teguh berdiri disadur warna emas disifatkan sebagai kebersatuan dalam membangunkan industri seni perfileman.
- Motif corak daun dan film strip pada badan menceritakan tentang perjalanan tanah air perfileman dari bawah sehingga memuncak pada hari ini di sampin memayungi industri dengan nafas baharu.
- Tapak trofi yang berbentuk selongsong filem menyentuh kepada peranan FINAS dalam memelihara industri filem Malaysia.
Kategori FFM35
|
|