Skip to main content

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN FILEM PENDEK

Filem-filem Pendek yang layak menyertai pertandingan FFM33 seperti berikut:

  1. Durasi filem tidak melebihi 40 minit.
  2. Filem ini belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan tarikh tayangan di mana-mana platform bermula dari 1 Oktober 2022 hingga 30 Jun 2024.
  3. Tarikh tutup penyertaan pertandingan filem pendek FFM33 ialah pada 13 September 2024, jam 12.00 tengahari.
  4. Pengeluar Filem hendaklah mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dari FINAS yang sah tempoh sehingga 31 Disember 2024.
  5. Pengeluar Filem boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, dengan menggunakan Borang Penyertaan yang disediakan (satu borang untuk satu judul filem).
  6. Pengeluar Filem hendaklah menghantar salinan filem dalam bentuk MP4 HD yang diletakkan watermark FFM33 dan trailer dalam bentuk MP4 HD di dalam pendrive. Pengeluar filem juga mesti mencetak senarai semak dan perakuan syarikat dalam bentuk hardcopy untuk dilampirkan bersama.
  7. Pihak penganjur berhak menyimpan sesalinan filem trailer untuk simpanan arkib.
  8. Filem-filem yang bukan berbahasa Melayu perlu mempunyai sari kata dalam Bahasa Melayu.
  9. Pihak penganjur berhak membuat keputusan mengikut budi bicaranya jika berlaku sebarang keraguan atau kekeliruan mengenai syarat pertandingan yang dinyatakan dan keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD. Pihak pemohon tidak berhak untuk membuat sebarang bentuk dakwaan kepada pihak penganjur berhubung dengan keputusan.
  10. Semua pengeluar filem / Pemilik Hak Cipta (IP) yang menyertai FFM33 hendaklah membenarkan filem mereka ditayangkan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai bagi tujuan penjurian dan tayangan umum secara percuma sepanjang FFM33 berlangsung.
  11. Semua salinan filem, trailer, pendrive dan lain-lain yang berkaitan mestilah dituntut semula dalam tempoh dua (2) minggu selepas FFM33 selesai. Pihak urus setia tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan / kehilangan bahan-bahan tersebut sepanjang tempoh FFM33 dijalankan sehinggalah selesai.Sekiranya bahan-bahan tersebut tidak dituntut dalam tempoh tersebut, pihak FINAS akan melupuskannya.

Borang dan bahan yang lengkap hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 13 September 2024 jam 12:00 tengahari ke alamat berikut:

URUSETIA JAWATANKUASA PENYERTAAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-33
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 
Aras 2, Bangunan Utama
Kompleks Studio Merdeka
Lot 1662 Bt. 8 Jalan Hulu Kelang, 
68000 Ampang ,
Selangor.

*Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi 
No. Telefon     : 03 – 4104 1300 / 1354 / 1327 / 1454 / 1318 / 1357 / 1323 / 1446
Masa Operasi : Isnin - Jumaat (kecuali pelepasan am)
                        : 9.00 pagi hingga 5 petang
E-mel              : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.