soalan lazim festival filem malaysia ke-35
1.Apakah objektif utama Festival Filem Malaysia (FFM) dianjurkan?
FFM merupakan pengiktirafan rasmi kerajaan terhadap kecemerlangan filem dan bakat kreatif tempatan. Ia bertujuan menghargai pencapaian industri, meningkatkan mutu dan profesionalisme penerbitan, membudayakan filem sebagai medium perpaduan dan identiti nasional, serta merangsang pertumbuhan industri kreatif negara.
2.Siapakah pihak yang terlibat dalam penganjuran FFM35?
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan disokong Kementerian Komunikasi.
3.Bagaimana FFM menyumbang kepada pembangunan industri perfileman Malaysia?
FFM dilihat sebagai platform penting untuk mengiktiraf hasil kerja penggiat industri, menaikkan reputasi dan kredibiliti pengkarya serta membuka peluang kerjasama dan pasaran baharu dalam penghasilan karya yang bermutu.
4.Apakah tema utama FFM35 tahun ini?
Tema FFM35 pada tahun ini adalah ‘Spektrum Sinema’’.
Spektrum Sinema melambangkan kepelbagaian warna, perspektif, idea dan kreativiti dalam dunia perfileman Malaysia. Tema ini mencerminkan keluasan ekspresi seni yang merangkumi pelbagai genre, budaya, teknologi dan bakat, sekali gus memperkukuhkan industri filem sebagai medium yang menyatukan masyarakat serta memartabatkan karya tempatan di persada nasional dan antarabangsa.
5.Bilakah dan di manakah Malam Anugerah FFM35 akan diadakan?
Malam Anugerah FFM35 akan diadakan pada 21 November 2026 bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur
6.Adakah FFM35 akan disiarkan secara langsung?
Ya, FFM35 akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
7.Agensi mana dilantik sebagai penyiar rasmi?
Radio Televisyen Malaysia (RTM) dilantik sebagai rakan strategik dan penyiar rasmi FFM35.
8.Bilakah tarikh buka dan tarikh tutup penyertaan bagi pencalonan FFM35?
Tarikh buka penyertaan FFM35 adalah pada 29 Julai 2026 dan tarikh tutup penyertaan FFM35 adalah pada 11 Ogos 2026.
9.Apakah kategori filem yang layak dimohon?
Filem yang layak dimohon adalah filem cereka, filem pendek dan dokumentari.
10.Siapakah yang boleh mengemukakan pencalonan?
Bagi kategori filem cereka, filem pendek dan dokumentari, pengeluar filem mestilah mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dari FINAS yang sah tempoh sehingga 31 Disember 2026.
11.Apakah kriteria untuk filem dan peserta yang layak menyertai pencalonan FFM35?
- Kriteria yang diperlukan bagi kategori filem cereka adalah filem cereka tempatan yang dikeluarkan di Malaysia dan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF). Filem ini belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan telah ditayangkan di pawagam tempatan seluruh Malaysia bermula dari tarikh 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026.
- Kriteria yang diperlukan bagi kategori filem pendek adalah filem yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan tarikh tayangan di mana-mana platform bermula dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026.
- Kriteria yang diperlukan bagi kategori dokumentari adalah filem dokumentari yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan telah ditayangkan di mana- mana platform bermula dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026.
- Semua calon mestilah warganegara Malaysia atau yang bertaraf pemastautin penduduk tetap.
12.Bagaimanakah cara untuk mengemukakan pencalonan FFM35?
Proses pencalonan FFM35 akan dimulakan dengan penyerahan kod QR pautan pencalonan kepada Jawatankuasa (JK) Penyertaan dan Penjuriaan pada 22 Julai 2026 untuk dikemas kini dengan info rasmi pada pautan laman web rasmi FFM (ffm.finas.my). Seterusnya, pautan terus tersebut akan dibuka sepenuhnya kepada orang awam untuk urusan pengisian dan penghantaran borang pencalonan sejurus selepas Sidang Media FFM35 berlangsung pada 29 Julai 2026.
13.Apakah tempoh kelayakan filem bagi pencalonan FFM35?
Tempoh kelayakan filem adalah filem-filem yang ditayangkan bermula 1 Julai 2025 Hingga 30 Jun 2026.
14.Berapakah kategori anugerah yang dipertandingkan?
Sebanyak dua puluh lima (25) kategori anugerah yang dipertandingkan untuk siri Festival FIlem Malaysia ke-35.
15.Apakah kategori yang dipertandingkan dalam FFM35?
Kategori-kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
- Filem Terbaik
- Pengarah Terbaik
- Pengarah Harapan
- Pelakon Lelaki Terbaik
- Pelakon Wanita Terbaik
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
- Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
- Pelakon Lelaki Harapan
- Pelakon Wanita Harapan
- Lakon Layar Terbaik
- Cerita Asal Terbaik
- Sinematografi Terbaik
- Penyunting Terbaik
- Skor Muzik Asal Terbaik
- Penataan Seni Terbaik
- Penataan Bunyi Terbaik
- Lagu Tema Terbaik
- Rekaan Busana / Kostum Terbaik
- Kesan Khas Visual Terbaik
- Tatarias / Solekan Terbaik
- Poster Terbaik
- Dokumentari Terbaik
- Filem Pendek Terbaik
- Anugerah Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik
16.Berapakah kategori yang tidak dipertandingkan dalam FFM35 dan apakah kategori tersebut?
Sebanyak lima (5) kategori anugerah yang tidak dipertandingkan untuk siri Festival FIlem Malaysia ke-35. Kategori-kategori yang tidak dipertandingkan adalah seperti berikut:
- Anugerah Khas Sepanjang Zaman
- Anugerah Khas Karyawan
- Anugerah Khas Juri (1)
- Anugerah Khas Juri (2)
- Filem Box Office
17.Adakah terdapat kategori baharu yang dipertandingkan pada tahun ini?
Tiada.
18.Berapa banyakkah filem cereka yang layak bertanding pada edisi FFM35?
Sebanyak enam puluh satu (61 filem) cereka yang melalui Skim Wajib Tayang layak bertanding. Walau bagaimanapun filem cereka yang tidak melalui Skim Wajib Tayang tetapi memasuki tayangan pawagam tempatan antara 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026 juga dialu-alukan untuk menyertai pertandingan.
19.Bagaimana untuk menghubungi urus setia untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung FFM35?
Berhubung maklumat penyertaan:
- Puan Noorzillawati Yahya
- Encik Nor Azami Saharuddin
- YM Tengku Noraiza binti Tuan Ibrahim
Melalui emel
Berhubung maklumat penajaan:
- Encik Mohd Fazli Bin Abdul Aziz dan Encik Zokifli Abu Bakar melalui emel
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ,This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. danThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .
Berhubung maklumat umum festival:
- Puan Mariatunsafarina Binti Mohammed Hashim
- Puan Nur Atiqah Binti Mat Tahar
- Encik Mohamad Hadi Hafis Bin Mohamad Jamil
Melalui emel maria
Atau layari laman web rasmi FFM https://ffm.finas.my
20.Bagaimana orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini tentang FFM35?
Melalui laman web rasmi Festival Filem Malaysia (FFM) di https://ffm.finas.my
21.Berapa jumlah penyertaan dalam FFM35 sebelum ini?
Jumlah penyertaan dalam FFM34 sebelum ini adalah sembilan puluh (90) penyertaan. Iaitu empat puluh satu (41) adalah filem cereka, dua puluh enam (26) adalah filem pendek dan dua puluh tiga (23) adalah dokumentari.
22.Bila kali terakhir FFM dianjurkan?
FFM34 terakhir telah diadakan pada 01 November 2025 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media.
23.Berapakah jumlah kategori yang dipertandingkan pada FFM34 tahun 2025?
Jumlah kategori yang dipertandingkan pada FFM34 tahun 2025 adalah berjumlah dua puluh lima (25) kategori.
25.Bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat mengenai senarai pemenang FFM34 tahun 2025?
Maklumat boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi FFM di https://ffm.finas.my