Skip to main content

Latar Belakang

Festival Filem Malaysia ataupun FFM adalah festival filem anjuran kerajaan di peringkat nasional sebagai pengiktirafan terulung industri perfileman negara. Ia mula dianjurkan pada tahun 1980 untuk edisi pertama sehingga tahun 2024 untuk edisi ke 33.

Objektif penganjuran adalah bagi  : -

  1. Mengiktiraf kecemerlangan filem dan karyawan industri.
  2. Meningkatkan sokongan dan penontonan filem tempatan.
  3. meningkatkan jaringan kerjasama strategik pemegang taruh domestik dan antarabangsa.

Tema : EVOLUSI SINEMA MALAYSIA (EMAS)

Filem Malaysia adalah manifestasi jenama produk filem tempatan bermutu tinggi dan berkualiti dengan nilai identiti dan budaya nasional yang melahirkan impak globalisasi merentas sempadan.


Makna Trofi

  • Bentuk film strip yang diletakkan paling atas adalah simbolik kepada bentuk rekaan logo rasmi FFM33.
  • Badan trofi yang teguh berdiri disadur warna emas disifatkan sebagai kebersatuan dalam membangunkan industri seni perfileman.
  • Motif corak daun dan film strip pada badan menceritakan tentang perjalanan tanah air perfileman dari bawah sehingga memuncak pada hari ini di sampin memayungi industri dengan nafas baharu.
  • Tapak trofi yang berbentuk selongsong filem menyentuh kepada peranan FINAS dalam memelihara industri filem Malaysia.

Kategori FFM33

  • Filem Terbaik
  • Pengarah Terbaik
  • Pelakon Lelaki Terbaik
  • Pelakon Wanita Terbaik
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
  • Pelakon Kanak-kanak Terbaik
  • Pengarah Harapan
  • Pelakon Lelaki Harapan
  • Pelakon Wanita Harapan
  • Cerita Asal Terbaik
  • Lakon Layar Terbaik
  • Sinematografi Terbaik
  • Penyunting Terbaik
  • Penataan Bunyi Terbaik
  • Penataan Seni Terbaik
  • Kesan Khas Visual Terbaik
  • Skor Muzik Terbaik
  • Lagu Tema Terbaik
  • Tatarias / Solekan Terbaik
  • Rekaan Kostum / Busana Terbaik
  • Poster Terbaik
  • Filem Pendek Terbaik
  • Dokumentari Terbaik
  • Anugerah Khas Sepanjang Zaman
  • Anugerah Khas Karyawan
  • Anugerah Khas Juri 1
  • Anugerah Khas Juri 2
  • Anugerah Khas Juri 3
  • Anugerah Filem Box Office